Wednesday, July 17, 2013

Jangan skip breakfast!

Suka bersarapan atau tak? Pola makanan untuk sarapan korang betul atau lantak sesukahati ikut sedap nafsu perut je? Ops ops, ingat, breakfast sangat penting!! dan adalah waktu yang sangat baik untuk memasukkan nutrisi ke dalam tubuh sebagai sumber tenaga untuk menjalani aktiviti seharian. Bahaya wooooo skip breakfast. Mungkin kesannya tak nampak sekarang, insyaAllah, tak lama lagi nampak lah. Heheee.

So bagi siapa-siapa yg malas nak breakfast, tapi MESTI breakfast jugak sebab nak maintain sihat kan? So meh tengok sini, menu sarapan yg cepat, mudah, dan tak susah tapi tetap berkhasiat!

Sebenarnya senang je nak buat sarapan yang sihat dan tentunya rendah lemak dan kalori.

1. Oatmeal
Oatmeal adalah makanan yang rendah kalori tapi tetap menjadikan korang kenyang sampai lunch nanti. Bahan utama daripada oatmeal adalah biji gandum.

2. Telur
Makan telur waktu sarapan sangat bagus, telur adalah menu ideal untuk diamalkan sebab telur ada protein yang tinggi dan senang je nak sediakan. Satu biji telur ada 70 kalori serta dapat memenuhi 13% protein yang diperlukan tubuh.

3. Smoothies
Kalau tak ada masa sangat jugak, minumlah smoothies. Minum smoothies pagi-pagi pun dah dapat khasiat yang patut kita dapat untuk kegunaan tubuh. 

4. Buah-buahan
Macam-macam buah korang boleh makan sebagai sarapan yang sihat dan kaya dengan nutrisi! Boleh juga kalau nak makan dengan yogurt rendah lemak. Sedaaap!

So sekarang dah tak buntu lagi nak breakfast apa kan? Senang je!

No comments:

Post a Comment